Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong Sangat Mustajab.

Petua Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong

 

Petua Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong | Kenapa ada orang susah sangat nak turun berat badan? Senaman dah buat, diet pon dah sampai ada yang sanggup tak makan nasi berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Jangan dera diri sendiri hanya untuk cantik tau..
Di sini Puteri kongsikan satu petua turunkan berat badan yang sangat mudah. Iaitu turunkan berat badan dengan air kosong. Air kosong?? ya, air kosong, senang nak dapat dan paling murah.
Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan ‘supplement’ atau pembedahan.

Petua Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong

1) Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam
unit ml =  (40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml
contoh pengiraan:
Berat badan Ali ialah 75kg.
(40 X 75)+ 500 = 3620 ml
Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.
2) Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.
contoh:
Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.
Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.
Berikut adalah kelebihan minum air kosong:
1) Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.
2) Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.
3) Mengatasi masalah sembelit dan buasir.
dan banyak lagi kelebihan minum air kosong nih. Jadi, pastikan anda minum air kosong yang cukup untuk menjaga kesihatan diri anda. Selamat Mencuba =)
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi