Saya Tak Mahu Kaya Tapi Saya Harus Kaya...
Beberapa bulan lepas, saya telah berjaya menghabiskan bacaan 2 buah buku  tentang menjadi orang kaya.
Buku #1 : Why We Want You To Be Rich oleh Donald Trump & Robert  Kiyosaki
Buku #2 : Saya tidak Mahu Kaya, Tetapi Harus Kaya, oleh Aa Gym
Buku #2 : Saya tidak Mahu Kaya, Tetapi Harus Kaya, oleh Aa Gym
Kedua-dua buku mempunyai info dan input yang menarik dan melihat kekayaan itu  dari sudut yang berbeza.
Pandangan Donald Trump & Robert Kiyosaki
Di dalam buku “Why We Want You To Be Rich”, Donald Trump & Robert  Kiyosaki mahu kita semua menjadi kaya kerana, mereka amat risau tentang ekonomi  dunia pada masa akan datang.
Pada pandangan mereka, pada masa depan, golongan pertengahan yang majoriti  hari ini, akan pupus dan menjadi golongan minoriti. Golongan pertengahan ini  akan terpaksa berpindah.. sama ada menjadi golongan kaya, atau golongan  miskin.
Perkara ini boleh terjadi disebabkan pelbagai masalah yang dialami dunia pada  hari ini seperti, hutang negara yang meningkat, kejatuhan nilai dolar, mentaliti  subsidi, harga minyak yang semakin meningkat dan pelbagai lagi masalah dunia dan  ekonomi negara.
Disebabkan masalah-masalah itu, maka, Donald Trump & Robert  Kiyosaki mahu kita semua berusaha semampu mungkin untuk menjadi orang kaya  agar dapat melindungi diri masing-masing dari malapetaka ekonomi di masa  hadapan.
Kandungan di dalam buku ini, lebih banyak menceritakan tentang panduan  bagaimana menjadi kaya dengan menjalankan perniagaan serta pelaburan.
Pandangan Aa Gym
Manakala, Aa Gym menerusi  bukunya ”Saya tidak Mahu Kaya, Tetapi Harus Kaya” melihat kekayaan itu  bukanlah hanya sekadar “kaya harta”, tetapi apa yang lebih penting,  adalah kaya dari segi ilmu, pemikiran, kreativiti, ibadah dan juga hati.
Kakayaan dari segi harta pula hanyalah sebuah “bonus” yang dianugerahkan  Allah kepada hambanya.
- Kaya tanpa ilmu = mudah ditipu
 - Kaya tanpa idea/kretiviti =sukar berkembang
 - Kaya tanpa agama = harta jadi fitnah dunia
 - Kaya tanpa iman = mengundang musibah
 
Tujuan utama seseorang itu perlu menjadi kaya pula adalah untuk memenuhi  tujuan syariat, iaitu untuk..
- menjaga harga diri agar tidak meminta-minta (mengemis)
 - menunaikan tanggungjawab mencari nafkah kepada diri & keluarga
 - menghidupkan semangat jihad harta (menggunakan harta ke jalan Allah)
 
Aa Gym mengajak kita menjadi kaya adalah untuk mencari redha Allah dan  sekaligus mengoptimunkan diri (menjadi sehabis baik) sebagai khalifah di muka  bumi ini.
Selepas itu, kandungan buku ini banyak menceritakan tentang bagaimana  amalan-amalan ibadah serta pembentukkan karektar/hati yang baik itu dapat  menjadikan seseorang itu seseorang yang kaya
Itulah antara intipati-intipati yang saya perolehi dari kedua-dua buku ini.  Perspektif kedua-dua buku ini “mengupas dan melihat kekayaan”, boleh saya  katakan sangat berbeza.
Persoalannya kini… apakah pula pendapat / pandngan anda? Apakah sebab anda  mesti menjadi kaya?
Mohd Suhaimy



Comments
Post a Comment